jump to navigation

Latar Belakang Mengenai 5S

Latar Belakang

 

 

Memahami Konsep Amalan 5S

 

Amalan 5S adalah asas peningkatan  kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:

(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;

(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;

(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;

(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin  dan  beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;

(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;

(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan

(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.

Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S

1.  Penjimatan Kos:

(a) Penjimatan penggunaan inventori;

(b) Menghalang kerosakan ke atas inventori;

(c) Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan

(d) Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja.

2.  Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:

(a) Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;

(b) Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses; dan

(c) Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan.

3.  Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:

(a) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang digunapakai;

(b) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan dan kemudahan kemudahan; dan

(c) Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan.

4. Jaminan kualiti:

(a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan;

(b) Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat; dan 9

(c) Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.

5.  Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:

(a) Menghapuskan keadaan yang membahaya;

(b)  Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;

(c) Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan;

(d) Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan

(e) Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

6.  Meningkatkan motivasi pekerja:

(a) Perhubungan yang baik antara anggota;

(b) Membentuk disiplin yang tinggi; dan

(c) Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.


 



		
	

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.